Kesakitan Rioet dinamakan Plantar Faciatis atau kebengkakkan urat tulang di tapak kaki. Ini di sebabkan oleh kelemahan otot betis, keruntuhan tulang tasal atau kaki menyebabkan urat tulang atau ligament spring terpaksa menampung berat badan. Lama-kelamaan urat tulang ini menjadi longgar.
Di antara rawatannya:-
1) Gunakan pelapik kasut atau insole
2) Rendam kaki dalam air suam campur garam setiap hari selama 20 minit.
3) Guna kasut yang tumit agak tinggi sedikit.
4) Ubah gaya berjalan.
5) Urut otot-otot betis sebelum berjalan.
Sciatic adalah suatu nama penyakit saraf, di mana saraf sciatic tertekan oleh otot pirifomis(otot kawasan pinggul) atau di tekan oleh tulang sakral(kawasan pinggul). Sekiranya akar-akar saraf sciatic tertekan(oleh disk lumbar) di tulang pinggang juga boleh menunjukkan gejala scaitic tetapi bukan penyakit sciatic yang sebenar. Disc decompressed ialah suatu kaedah rawatan untuk mengurangkan tekanan pada akar saraf. Rawatan meramkumi pembedahan atau manual terapi. Chiropractic ialah jurupulih tulang belakang untuk membetulkan kedudukan tulang yang tersasar.( perlu mencari chiropractic yang diiktiraf dan berinsuran supaya rawatan yang dijalankan nanti selamat.
Kemungkinan saudara memiliki masalah sakit belakang mekanikal:-
1) Tulang lumbar tersasar dari kedudukan asal.
2) PID iaitu gel ditengah disk menitis keluar dari tempatnya.
Ini disebabkan oleh:-
1) Selalu duduk membengkok
2) Tidur diatas tilam atau sofa yang terlalu lembut.
3) Mengangkat barang dengan pingang bengkok kehadapan
4) Kurang senaman
Di antara rawatan:-
1) Letakkan ice(ice batu dalam plastik) selama 15 minit sekiranya terlalu sakit
atau tuala panas sekiranya sakit yang sederhana.
2) Hindarkan duduk, berdiri, tidur dan berjalan dalam keadaan bengkok pingang.
3) Lakukan senaman membengkok ke belakang (reply email kepada:- sham_physio@westports.com.my untuk dapat gambar senaman)
4) Boleh cuba pakai bengkong pinggang atau lumbar surport.
5) Kurangkan makanan yang masam atau sejuk.
6) Cuba rawatan ini dahulu selama 2 minggu sebelum buat keputusan untuk pembedahan.
Banyak penyakit tumit yang boleh menyebabkan kesakitan yang terlampau. Di antaranya adalah:-
1) Heel spur(tulang tumbuh pada kawasan tumit)
2) Plantar fasiatis( urat ligamen di tapak kaki bengkak)
3) Heel pad inflamation( kebengkakkan pelapik lemak tumit)
4) Kesalahan mekanikal tulang kalkaneal( kedudukan tulang tumit yang tersasar)
Di antara rawatannya:-
1) Ubah cara berjalan- berjalan dengan kedudukan kaki yang betul iaitu tidak terlalu terbuka(kengkang).
2) Pakai kasut yang selesa contoh kasut sukan, tidak terlalu longgar dan ketat atau kasut kain.
3) Gunakan pelapik tapak kaki perubatan. boleh dapatkan di farmasi atau kedai sukan.
4) Lakukan senaman rengangan betis dan paha(boleh dapatkan di mana2 web)
5) Rendam tumit dalam air suam setiap hari semasa sakit selama 15minit.
Kemungkinan saudara telah mengalami slip disk. Daripada sejarah aktiviti yang dilakukan menunjukkan saudara banyak membengkok pingang kehadapan. Ini boleh menyebabkan disk, gel dan tulang vertebra L3, L4 dan L5 bergerak kehadapan. Apapun ini perlu diyakini dengan MRI. X-ray tidak boleh nampak disk itu berganjak dari kedudukannya.Apa pun saudara boleh cuba senaman di atas topik ini setiap hari. Saudara juga perlu menjaga postur dengan betul iaitu menghindar menbengkok pingang ke hadapan. Sekira saudara ingin mengambil barang dari lantai saudara perlu bengkok lutut saudara. Untuk pertanyaan dan rawatan sila hubungi saya di 0193808132 atau layari http://medicmassage.health.officelive.com
Daripada keterangan di atas kemungkinan ketekanan saraf rakan nurafzan agak serius sebab telah rasa kelemahan pada kaki yang terlibat. Tapi ini perlu di kenal pasti dengan MRI untuk melihat peratus tekanan pada saraf berkenaan. Apa pun sekiranya rakan nurafzan mendapat rawatan fisioterapi pastinya kesakitan dapat bertahan dan terhalang daripada tekanan yang berterusan. Ubat penahan sakit kadang kala hanya mampu bertahan dalam jangka masa pendek. Saya cadang rakan nurafzan cuba dapatkan rawatan fisioterapi dalam masa yang terdekat ini atau boleh merujuk kepada saya untuk senaman yang khusus tetapi perlu beri keterangan sakit pinggangnya dengan jelas supaya senaman yang diajar sesuai dengan masalahnya.
Masalah yang saudara hadapi di panggil neuropati atau penyakit tekanan pada saraf. Daripada keterangan diatas saya dapati mungkin lebih dari 2 saraf terlibat iaitu L1-L2, L2-L3 dan mungkin sedikit pada saraf L3-L4 kerana saudara mengadu lemah dan kebas pergelangan kaki dan betis. Saraf L1-L2 & L2-L3 mewakili otot di pinggul dan lutut. Kesan dari tekanan tulang pada saraf menyebabkan impuls kurang mengalir dalam tiub saraf. Apa pun saudara telah menjalani pembedahan dan doktor telah kata pembedahan 2 berjaya. Saudara mungkin akan lihat pemulihan saraf setiap 6 bulan sehingga tempoh 2 tahun atau lebih. Sedikit nasihat dari saya:-
1) Jangan putus asa teruskan lakukan senaman dan terapi hidro yang diajar oleh fisioterapi. 2) Kalau saudara tidak selesa pakai walker boleh gunakan tongkat ketiak atau tongkat siku(rujuk pada doktor atau fisioterapi) 3) Naik tangga guna kaki kanan dan turun guna kaki kiri. 4) Minta nasihat fisioterapi untuk gunakan Elektrikal Stimulasi ( elektrotherapi) dan foot drop splint untuk menguatkan dan menyokang otot yang jatuh di kaki. 5) Boleh gunakan alat sokongan( brace) lutut dan pergelangan kaki jika sesuai (dapatkan di farmasi). 6) Terus lakukan senaman yang diajar sekurang2 seminggu 2 atau 3 kali. 7) Saudara boleh dapat segala rawatan alternatif tetapi perlu ingat jangan terlalu kerap atau kos yang mahal kerana otot akan kembali kuat setelah saraf pulih. 8) Saya cadangkan banyak lakukan senaman pinggang, pinggul, lutut dan pergelangang kaki dan memperbagaikannya( bincang dengan fisioterapi)
Sememangnya saya perlukan informasi yang lengkap sebelum membuat sebarang nasihat seperti diagnosis doktor, bacaan x-ray dan jenis kesakitan yang di hadapi. Daripada keterangan diatas saya dapati masalah azlee agak serius. Sepatutnya sebarang kecederaan badan, sakit akan kurang dalam tempoh 2 minggu. Sekiranya tidak kemungkinan masalah yang di hadapi agak serius. Kebanyakan kes-kes tulang seperti berikut:-
1. kepatahan tulang belakang( tempoh sembuh 2-3 bulan)
2. PID(gel tulang belakang terkeluar)
3.Slip disk(cekera disk terkeluar)
4. Koyakkan otot paravebtrbral( tempoh sembuh 2 minggu)
5. Sarah tunjang tertekan( tempoh sembuh lebih 6 bulan)
Kemungkinan sakit azlee diantara diatas. Apa pun Azlee perlu didiagnosis untuk mengetahui masalah dengan tepat. Untuk keterangan lanjut Azlee boleh reply kembali dengan maklumat2 kesakitan Azlee atau tel saya di 0193808132.
Saya perlukan informasi tentang jenis pembedahan yang telah dijalankan dan jenis penyakitnya sebelum membuat sebarang nasihat. Tetapi secara umumnya sekiranya telah menjalani lebih dari satu pembedahan ini bermaksud masalah teman saudari agak serius.Saudari perlu berbincang dengan doktor tentang kondisi penyakit, pembedahan dan kesembuhan masalah tulang belakang teman saudari.Untuk pembedahan kali ketiga ini dinamakan bone graf , ia bertujuan untuk memberi pertumbuhan tulang baru pada bahagian yang bermasalah.Kemungkinan masa penyembuhanya lebih kurang 6 minggu.Selepas pembedahan ini saya nasihatkan teman saudari perlumengikut nasihat doktor apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh teman saudari ini bertujuan untuk memberi tulang baru tadi sembuh sepenuhnya. Jangan terlalu cepat melalukan aktiviti2 yang boleh merosakan kawasan pembedahan ini. Satu lagi perkara, tinggal di hospital yang agak lama boleh menyebabkan tekanan dan badan menjadi lemah kerana aktiviti agak terhad dengan hanya baring dan duduk saja.Saya nasihatkan teman saudari perlu menbuat senaman berpatutan yang tidak mencederakan pinggangnya atau berjalan di dalam wad sekiranya perlu. Rajah dibawah adalah urutan yang boleh lakukan untuk mengurangkan sakit pada pinggang. Urutan di garis merah di kedua-dua belah kaki dengan minyak angin dan sarung tangan getah sehingga sakit di garis merah ini berkurangan.Lakukan setiap kali sekiranya dia sakit.
Salam, Sememangnya wanita yang mengandung akan mengalami masalah sakit sendi dan otot. Ini disebabkan oleh perubahan hormon bagi untuk melonggarkan sendi-sendi untuk memudahkan bersalin terutamanya berlakudibahagian pinggul dan pinggang. Kawasan sakit puan dikhususkan supaya rawatan yang diberikan bertepatan dengan masalah. Rajah dibawah adalah kemungkinan kawasan yang terlibat dan rawatannya. Urut di garis a dan b untuk kurangkan sakit di pinggul. Urutan di garis c dan d mengurangkan sakit di kawasan pinggang.
- Lakukan senaman ini:- 1)
2)
- Ulang sebanyak 10 kali tahan 10 saat untuk setiap gerakan.
Sendi pinggul adalah sendi triaxial iaitu boleh membuat pergerakan dalam tiga arah. Ia dicipta untuk kestabilan dan penyebaran berat badan di anggota bawah. Pelvik dibentuk oleh 3 tulang utama iaitu tulang ilium, tulang ischium dan tulang pubik. Tulang-tulang ini melekat di antara satu sama lain membentuk satu tulang pelvik. Terdapat 3 sendi yang wujud di kawasan pelvik ini, sendi sakroiliak, sendi pinggul dan sendi sakrokoksigeal.
Masalah pinggul dan pelvik
1.Kepatahan tulang
■ Iaitu patah tulang pelvik, sakral dan proksimal femur.
2.Dislokasi atau sublukasi
■ Dislokasi sendi pinggul dan pubik.
3.Kekoyakkantisu lembut
■ Koyakkan otot gluetal dan tensor fasial lata. Fibrosus otot priformis, kapsulitis sendi pinggul dan bursitis trochanteric.
4.Arthropatis Degeneratif
■ Degeneratif sendi sakroilliak dan sendi pinggul.
5.Arthropatis Inflamatori
■ Penyakit rheumatoid arthritis dan ankylosing spondilitis.
6.Neuropatis
■ Tekanan saraf skiatik di otot pirifomis, PID dan slip disk.
7.Masalah Mekanikal
■ Hipo atau hipermobiliti pergerakan sendi pinggul dan sakral-illiak.
8.Masalah Magnetik
■ Hipo atau hipermobiliti garis B4SL, B4SM, B4SM-A, B4SA, B4SP, B4RL,
Minuman nescafe dan berkafein tidak mempergaruhi masalah pinggang ema, cuma saya nasihatkan kurangkan pengambilan yang berlebihan boleh menganggu kesihatan umum (sistem perkumuhan).Memang tidak bukti sainstifik menunjukan minuman ini memudaratkan tapi ini perlu diambil perhatian. Berkenaan dengan sakit pinggang Ema, slip disk perlu di dianogsis dengan MRI dan diagnosis pergerakan. Saya jangka kesakitan ini disebabkan oleh komplikasi dari keretakkan tulang pinggang Ema.Untuk masalah tulang saya syorkan Ema cuba hindarkan atau kurangkan makanan masam, buahan berwarna kuning dan oren, ubi-ubi, bawang berlebihan kerana makanan ini menambahkan sensitif kesakitan tetapi tidak memundaratkan masalah pinggang.Selain daripada ini saya syorkan Ema buat senaman yang bersesuaian untuk menguatkan pinggang Ema.
STRUKTUR ELEKTROMAGNETIK MANUSIA (copyright Shamsul Azhar)
■Apakah penyakit ini?
Ia adalah suatu penyakit yang disebabkan oleh kelemahan kefungsian struktur sistem magnetik-elektro iaitu titik, garis, gelundung dan gelang magnetik.
■Apakah yang menyebabkan ini berlaku?
Perkara yang banyak menyebabkan gangguan sistem ini ialah stress atau tekanan pada mental dan fizikal. Tekanan pada mental akan menyebabkan ketiadaan kelicinan sistem saraf autonomik dan tekanan atau kecederaan fizikal pula boleh menyebabkan kematian dan kelemahan hujung saraf autonomik.
■Contoh penyakit yang berkaitan dengannya?
Penyakit ini susah untuk di diagnosis kerana ia wujud bersama-sama dengan simtom penyakit lain. Hanya dengan pengetahuan dalam sistem ini serta pengalaman setelah semua diagnosis telah dibuat tetapi masih belum menemui puncanya, makapuncanya mungkin daripada masalah ini. Banyak kes-kes yang saya terima telah banyak menjalani diagnosis tetapi masih tidak diketahui puncanya sehingga ada juga doktor mengatakan penyakit pesakit ini adalah helah belaka kerana ia mungkin menginginkan cuti atau sebaliknya. Tetapi apabila saya membuat pemeriksaan, saya dapati terdapat gangguan pada sistem ini.
■Bagaimana hendak mendiagnosisnya?
Tiada peralatan istimewa untuk mendiagnosisnya. Kita hanya perlu sensitif menggunakan jari-jari dan memicit titik-titik magnetik yang wujud pada kawasan sakit atau titik-titik yang mewakili kawasan yang sakit itu. Dengan menekan titik-titik ini kita akan tahu di mana kawasan yang mengalami masalah, struktur magnetik yang terlibat dan keadaan struktur ini sama ada aktif atau tidak aktif.
■Bagaimana hendak memulakan rawatan?
Selepas kita mengetahui kawasan yang sakit dan struktur magnetik yang terlibat, kita boleh menggunakan titik tadi untuk memulakan rawatan tetapi perluingat bahawa penyakit ini mungkin wujud bersama-sama penyakit lain. Jadi perlu untuk kita merawat penyebab-penyebab lain bersama tetapi sekiranya tidak, anda boleh terus menggunakan titik-titik ini saja.
INDIKASI:Mengaktifkan pusat saraf emosi, kreatif dan IQ.
APLIKASI:Bayi diletakkan dalam posisi duduk. Ibu menggunakan teknik hujung atau tengah jari-jari, tekan 0.3 kg dengan losen lalu urut perlahan-lahansebanyak 10 kali.
Saya hairan kenapa pembedahan pertama saudara tidak berjaya. Sepatutnya dengan sekali pembedahan sudah cukup untuk membetulkan masalah slip disk suadara. Saya tida menyalahkan sesiapa tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh perkara ini berulang. Samaada kesilapan doktor, fisioterapi atau saudara sendiri. Sepatutnya dalam tempoh sebulan saudara perlu berehat tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan disk tadi terkeluar kembali seperti tunduk terlalu lama, senaman yang tidak disyorkan atau mendapat yang alternatif yang boleh membahayakan disk tersebut. Kadang kala doktor juga boleh melakukan kesilapan semasa pembedahan dan menyebabkan disk tersebut tidak kukuh kedudukannya.Apapun melakukan pembebahan untuk kali kedua risikonya amat tinggi. Saudara perlu bertanya dengan doktor kenapa disk yang telah di bedah dan dikekal kedudukan boleh terkeluar kembali? doktor berkenaan perlu memberi penjelasan dengan saudara dengan jelas tentang masalah yang timbul dan sekiranya pembedahan dilakukan apa yang doktor nak buat. Sekiranya suadara tidak yakin dengan doktor berkenaan, Saudara jangan melakukan pembedahan lagi. Suadara boleh cuba mendapatkan pandangan dengan doktor yang lain untuk masalah saudara.
Untuk rawatan manual terapi saudara boleh lah hubungi saya di 0193808132 untuk maklumat rawatan dan temujanji.Saya syor saudara boleh lakukan senaman diatas setiap 2kali sehari dengan ulangan sebanyak 20 kali untuk setiap senaman. Lakukan senaman ini dengan betul, perlahan-lahan dan hati-hati.
Sekiranya selepas membuat senaman ini saudara rasa sakit saudara semakin kuat selama 1 - 2 hari saudara perlu berhenti melakukannya. Saudara sepatut rasa selesa selepas melakukan senaman ini tanpa rasa sakit yang berterusan dan boleh teruskan selama sebulan. Insyaalah.
Terus terang saya katakan saya tidak merawat masalah batin. Masalah yang tuan hadapi ialah lemah syahwat. Kelemahan syahwat selalunya disebabkan oleh keletihan, stress, kurang senaman, hormon yang tidak seimbang, sumber makanan yang tidak sihat dan pelbagai penyakit saraf. apapun di harap mendapat rawatan daripada Pakar Tuan untuk mengenalpasti masalah. Bagaimana pun anda boleh cuba urutan seperti rajah dibawah:-
Kaedah urutan 1. Urutan 1: urut di kedua-dua belah kelangkang di garis merah dengan minyak sebanyak 10-15 kali. 2. Urutan 2: urut di hadapan pinggul di garis merah(kedua-dua bahagian) dengan minyak sebanyak 6-12 kali. 3. Urutan 3: urut di tepi perut di garis merah(kedua-dua bahagian) dengan minyak sebanyak 10 kali. 4. Urutan 4: urut di kedua-dua belah pinggang di garis merah(kedua-dua bahagian) dengan minyak sebanyak 10 kali. *Lakukan urutan setiap hari*
Nasihat 1. Makan makanan yang seimbang. 2. Lakukan senaman seminggu 1 di setiap minggu. 3. Kurangkan stress dengan mengawal emosi anda
Pada 27 hingga 28 mei 2009, saya telah membuat kursus SMT Manual Terapi dalam perawatan tulang belakang. Seramai 25 orang peserta dari seluruh hospital di Kedah dan Pulau Pinang telah menghadiri kursus ini.Di antara tajuk yang dibincangkan adalah kajian titik magnetik, sistem elektromagnet manusia, diagnosis tulang belakang, rawatan SMT dalam masalah tulang belakang dan praktikal.
Kursus ini berakhiri dengan jayanya dan sijil penyertaan telah diberikan oleh Tuan Haji Radzi kepada semua peserta dan penyelaras kursus untuk staff hospital Kangar.
Rajah titik, garis dan gelang mataurat untuk rawatan bahagian perut
Perwakilan garis, titik dan gelang urutan
a) Garis B5SP-Mewakili usus kecil dan perut b) Garis B5SM-A-Mewakili prankease(mengawal gula dalam darah) c) Garis B5RA-Mewakili usus besar d) Titik SA4-Mewakili otot mulut dan lidah e) Gelang GM 11-Mewakili rektum dan pundi kecil
Cara rawatan mengunakkan garis, titik dan gelang
Bayi dalam posisi telentang. Ibu menggunakan teknik hujung jari 2, 3, 4 (jari telunjuk, jari hantu dan jari manis), tekan 0.6 kg lalu urut perlahan-lahan dengan losen sebanyak 5 hingga 10 kali.
Contoh urutan pada garis B5SP (copyright shamsul 2008)
Cara Rawatan: -Letakkan jari anda di titik ini tepat pada lokasinya, tidak perlu tekan. Kemudian suruh pesakit taris nafas perlahan-lahan hingga kesakitan hilang.
Indikasi Rawatan: -Migraine -Sakit tulang belakang -Kecederaan sukan -PID, Slipped Disc -Arthritis -Sakit lutut -Lain-lain
Terdapat beberapa punca kesakitan tumit. Di antaranya ialah tekanan yang berlebihan, keradangan pada lapisan lemak di tumit dan ketumbuhan spur atau tulang kecil di tumit. Tekanan yang berlebihan di tumit disebabkan oleh kelemahan otot hamstring dan sendi lutut yang terlalu kebelakang, jadi segala berat badan tertumpu tumit dan bukan di tengah tapak kaki.Gejala dan Simtom 1) Sakit terasa berdiri dan berjalan 2) Kelemahan otot hamsring dan betis 3) Sendi pergelangan kaki keras. Rawatan 1) Urutan SMT -Tekan di titik 1), 2) dan garis 3) seperti gambarajah (a). -Tekan dengan menggunakan ibu jari dan ulangi sebanyak 10-15 kali atau sehingga sakit di garis berkenaan kurang atau hilang. 2) Terapi haba -Letakkan ais dihadapan atau belakang lutut selama 15 minit dan ulang sehingga kesakitan hilang. 3)Nasihat -Sekiranya masih sakit anda boleh rujuk kepada doktor atau ahli fisioterapi
Sempena menyambut tahun 2009, kami dari SMT Manual Therapy akan melancarkan 2 buah buku keluaran kami bertajuk "Kecederaan Sukan dan Kaedah Rawatan SMT" dan "Kesakitan Tulang Belakang". Buku ini di terbitkan oleh Ct Publishing dan sesuai di baca oleh orang awam dan profesional yang berkaitan dengan kaedah manual terapi dan sukan. Tarikh dan tempat pelancaran akan diberitahu kemudian.