sakit lutut
Saya dah hampir 7 bulan lutut saya saya diteropong dan tulang rawan saya dilicin. Kesakitan selepas pembedahan baik hanya sebulan sahaja kemudian berulang lagi. Baru -baru ni kesakitan di lutut hilang untuk sebulan. Kemudian datang balik. Boleh tak bagi nasihat macam mana untuk hilang kesakitan lutut saya ini. Saya dinasihat untuk selalu kuatkan otot lutut. Hampir setiap hari saya bersenam seperti berlari dan juga bermain lutut. Tapi keadaan tetap tidak berubah.
Salam Zakiah,
Lutut adalah sendi terbesar bagi anggota bawah. Kebanyakan berat badan kita ditumpukan disendi ini. Saya tidak tahu apa sebenarnya masalah Zakiah, tetapi mungkin Zakiah mengalami kekoyakan tulang rawan. Apabila tulang rawan dilicinkan atau membuang sebarang tisu yang koyak akan terdapat bekas luka pada kawasan berkenaan. Bekas ini akan sembuh dalam masa 1 hingga 2 bulan atau berkekalan sekiranya bekas luka agak besar. Saya nasihatkan supaya Zakiah kurangkan aktiviti larian dulu selama 1 hingga 2 bulan cuba tumpukan senaman yang khusus hanya pada lutut saja. Cuba dapatkan pelbagai jenis senaman yang berlainan dari sumber2 tertentu. Sekiranya masih sakit Zakiah perlu rujuk kembali kepada doktor yang membuat pembedahan itu. Cuba jenis senaman yang diberikan.......
Shamsul
Salam,
Sekiranya telah comfirm saraf tunjang telah terhempas ini bermaksud bapa saudari akan mengalami kelemahan kaki yang berterusan. Rawatan yang paling sesuai adalah dengan melepaskan tekanan disk pada saraf tunjang itu. Dalam pengalaman saya belum ada lagi rawatan yang ada selain daripada rawatan ini. Proses melepaskan himpitan selalunya dengan cara pembedahan.
Shamsul
Salam,
Sakit lutut kronik memang selalunya akan bengkak, panas dan sakit keterlaluan. Dalam rawatan moden rawatan ubat hanya boleh mengurangkan sakit saja itu pun tidak tahan lama. Dalam rawatan fisioterapi saudara boleh menyuruh bapa berjalan mengunakan 'Walking Frame' untuk sakit yang keterlaluan. Walking Frame ini dapat mengurangkan tekanan berat badan semasa berjalan. Saudara juga boleh menggunakan knee guard untuk mengurangkan bengkak lutut. Alatan ini boleh didapati di mana2 farmasi. Selain daripada itu cuba hindarkan makanan yang sejuk, masam atau buahan yang isi berwarna hijau, kuning dan oren. Buahan ini tidak memberi mudarat tetapi cuma menambahkanrasa sakit.
Shamsul

