Lefora Free Forum
login join
Loading
7208 views

sakit tumit kaki

Page 1
1–2
rookie - member
2 posts

saya berumur 39thn,sekarang saya mengalami sakit tumit yg agak serius,x th bagaiman lg cara nak mengelakkan dari tidak menderitanya,

superstar - founder
214 posts

Salam,

Banyak penyakit tumit yang boleh menyebabkan kesakitan yang terlampau. Di antaranya adalah:-

1) Heel spur(tulang tumbuh pada kawasan tumit)
2) Plantar fasiatis( urat ligamen di tapak kaki bengkak)
3) Heel pad inflamation( kebengkakkan pelapik lemak tumit)
4) Kesalahan mekanikal tulang kalkaneal( kedudukan tulang tumit yang tersasar)

Di antara rawatannya:-

1) Ubah cara berjalan- berjalan dengan kedudukan kaki yang betul iaitu tidak terlalu terbuka(kengkang).
2) Pakai kasut yang selesa contoh kasut sukan, tidak terlalu longgar dan ketat atau kasut kain.
3) Gunakan pelapik tapak kaki perubatan. boleh dapatkan di farmasi atau kedai sukan.
4) Lakukan senaman rengangan betis dan paha(boleh dapatkan di mana2 web)
5) Rendam tumit dalam air suam setiap hari semasa sakit selama 15minit.

Shamsul

Page 1
1–2

Locked Topic


You must be a member to post in this forum

Join Now!