
STRUKTUR ELEKTROMAGNETIK MANUSIA (copyright Shamsul Azhar)
■ Apakah penyakit ini?
Ia adalah suatu penyakit yang disebabkan oleh kelemahan kefungsian struktur sistem magnetik-elektro iaitu titik, garis, gelundung dan gelang magnetik.
■ Apakah yang menyebabkan ini berlaku?
Perkara yang banyak menyebabkan gangguan sistem ini ialah stress atau tekanan pada mental dan fizikal. Tekanan pada mental akan menyebabkan ketiadaan kelicinan sistem saraf autonomik dan tekanan atau kecederaan fizikal pula boleh menyebabkan kematian dan kelemahan hujung saraf autonomik.
■ Contoh penyakit yang berkaitan dengannya?
Penyakit ini susah untuk di diagnosis kerana ia wujud bersama-sama dengan simtom penyakit lain. Hanya dengan pengetahuan dalam sistem ini serta pengalaman setelah semua diagnosis telah dibuat tetapi masih belum menemui puncanya, maka puncanya mungkin daripada masalah ini. Banyak kes-kes yang saya terima telah banyak menjalani diagnosis tetapi masih tidak diketahui puncanya sehingga ada juga doktor mengatakan penyakit pesakit ini adalah helah belaka kerana ia mungkin menginginkan cuti atau sebaliknya. Tetapi apabila saya membuat pemeriksaan, saya dapati terdapat gangguan pada sistem ini.
■ Bagaimana hendak mendiagnosisnya?
Tiada peralatan istimewa untuk mendiagnosisnya. Kita hanya perlu sensitif menggunakan jari-jari dan memicit titik-titik magnetik yang wujud pada kawasan sakit atau titik-titik yang mewakili kawasan yang sakit itu. Dengan menekan titik-titik ini kita akan tahu di mana kawasan yang mengalami masalah, struktur magnetik yang terlibat dan keadaan struktur ini sama ada aktif atau tidak aktif.
■ Bagaimana hendak memulakan rawatan?
Selepas kita mengetahui kawasan yang sakit dan struktur magnetik yang terlibat, kita boleh menggunakan titik tadi untuk memulakan rawatan tetapi perlu ingat bahawa penyakit ini mungkin wujud bersama-sama penyakit lain. Jadi perlu untuk kita merawat penyebab-penyebab lain bersama tetapi sekiranya tidak, anda boleh terus menggunakan titik-titik ini saja.
This Topic Is Locked To Guest Posts
It's been a while since this topic was active, if you'd like to get it going again, please post as a registered member
