Lefora Free Forum
1584 views

Sakit Kaki- Kesakitan tumit

Page 1
posts 1–5 of 5
novice - founder
29 posts

Terdapat beberapa punca kesakitan tumit. Di antaranya ialah tekanan yang berlebihan, keradangan pada lapisan lemak di tumit dan ketumbuhan spur atau tulang kecil di tumit. Tekanan yang berlebihan di tumit disebabkan oleh kelemahan otot hamstring dan sendi lutut yang terlalu kebelakang, jadi segala berat badan tertumpu tumit dan bukan di tengah tapak kaki.Gejala dan Simtom 1) Sakit terasa berdiri dan berjalan 2) Kelemahan otot hamsring dan betis 3) Sendi pergelangan kaki keras. Rawatan 1) Urutan SMT -Tekan di titik 1), 2) dan garis 3) seperti gambarajah (a). -Tekan dengan menggunakan ibu jari dan ulangi sebanyak 10-15 kali atau sehingga sakit di garis berkenaan kurang atau hilang. 2) Terapi haba -Letakkan ais dihadapan atau belakang lutut selama 15 minit dan ulang sehingga kesakitan hilang. 3)Nasihat -Sekiranya masih sakit anda boleh rujuk kepada doktor atau ahli fisioterapi

rookie - member
1 posts

Salam En Shamsul, sya baru jer join forum ni. Sya mmg ade masalah tumit kaki kanan yg serius sakit.
 
Actualy sya dh jumpa doc & dh xray, doc kata ade spur tapi kecik jer and die x suggest wat operation. Doc kata mybe sya selalu pakai high heel yg myebabkan tekanan pd tumit kaki sya. Then sya just amik inject + pain killer tp still sakit juga
 
Sya nak tau kalau sya buat urutan ni adakah spur tu akan ilang
atau just sakit tu ilang sekejap then dtg balik.
 
Tq

guest poster

Salam,

Sekiranya ada spur di tumit masalah agak sukar dirawat. Injeksi, ubatan, urutan dan tradisional hanya dapat kurang sementara saja. Apapun saya cadangkan Azlina gunakan insole atau pelapit tapak kaki. Dapatkan yang mahal sedikit kerana kualiti nya tahan lasak dan lembut. Azlina boleh dapatkan di farmasi atau kedai sukan. Insole perlu di pakai dengan kasut kain dan tidak boleh guna kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi boleh mengubah mekanikal badan terutama di tumit, lutut, pinggul dan pinggang dalam jangka masa yang panjang.
sekian

Shamsul
guest poster
assalammualaikum..en shamsul..
saya ingin meminta pendapat en shamsul..saya selalu mengalami sakit di bahagian tapak kaki terutama dibahagian tapak kaki ketika bangun dari tidur..apakah tanda2 ini?..dan bagaimana untuk merawatnya?

dari
rioet
novice - founder
29 posts

Walaikumsalam,

Kesakitan Rioet dinamakan Plantar Faciatis atau kebengkakkan urat tulang di tapak kaki. Ini di sebabkan oleh kelemahan otot betis, keruntuhan tulang tasal atau kaki menyebabkan urat tulang atau ligament spring terpaksa menampung berat badan. Lama-kelamaan urat tulang ini menjadi longgar.

Di antara rawatannya:-

1) Gunakan pelapik kasut atau insole
2) Rendam kaki dalam air suam campur garam setiap hari selama 20 minit.
3) Guna kasut yang tumit agak tinggi sedikit.
4) Ubah gaya berjalan.
5) Urut otot-otot betis sebelum berjalan.

Shamsul

Page 1
posts 1–5 of 5

Reply to: ‘Sakit Kaki- Kesakitan tumit’

You are not a member, join now for easy and powerful picture iconpicture, YouTube logovideo & attachment iconupload options
You are posting as a guest. If you're already registered, click here to log in