Terdapat beberapa punca kesakitan tumit. Di antaranya ialah tekanan yang berlebihan, keradangan pada lapisan lemak di tumit dan ketumbuhan spur atau tulang kecil di tumit. Tekanan yang berlebihan di tumit disebabkan oleh kelemahan otot hamstring dan sendi lutut yang terlalu kebelakang, jadi segala berat badan tertumpu tumit dan bukan di tengah tapak kaki.Gejala dan Simtom 1) Sakit terasa berdiri dan berjalan 2) Kelemahan otot hamsring dan betis 3) Sendi pergelangan kaki keras. Rawatan 1) Urutan SMT -Tekan di titik 1), 2) dan garis 3) seperti gambarajah (a). -Tekan dengan menggunakan ibu jari dan ulangi sebanyak 10-15 kali atau sehingga sakit di garis berkenaan kurang atau hilang. 2) Terapi haba -Letakkan ais dihadapan atau belakang lutut selama 15 minit dan ulang sehingga kesakitan hilang. 3)Nasihat -Sekiranya masih sakit anda boleh rujuk kepada doktor atau ahli fisioterapi


