askum en shamsul. sy berumur 28 thn. sy berkerja sbg officer di sebuah sykt dan pada setiap hujung minggu, membantu keluarga sy di kebun. di ofis, kerja sy tidak memerlukan sy byk bergerak tetapi sy perlu berada di depan komputer sepanjang masa. tapi bila di kebun, sy byk melakukan kerja2 berat seperti mencangkul, mengangkat pokok dsb. baru2 ini, tulang di atas punggung sy, di bhg tengah2 mengalami kesakitan yg amat sgt sehingga menyukarkan pergerakan sy. doc telah memberi sy ubat tahan sakit dn panadol. kini kesakitan tersebut sudah berkurangan. tetapi masalah sy sekarang ialah, setiap kali sy mengangkat benda berat seperti lap top dsb, bhg belakang sy akan berasa sakit, sama ada di pinggang sebelah kanan kebiasaanya, bahu dan tengah2 pinggang. sy juga pernah mengalami kemalangan jalan raya 2 bln yg lalu dan mengakibatkan bahu sebelah kiri sy sering sakit. persoalan sy di sini en sham, adakah penyakit sy tergolong dlm kategori slip disk? utk info, sy hanya mengalami masalah kerap buang air kecil, mudah berasa sejuk di bhg kaki dan kadang2 kebas pada tumit kaki. apakah rawatan yg patut sy dapatkan?
terima kasih.
Salam,
Kemungkinan saudara telah mengalami slip disk. Daripada sejarah aktiviti yang dilakukan menunjukkan saudara banyak membengkok pingang kehadapan. Ini boleh menyebabkan disk, gel dan tulang vertebra L3, L4 dan L5 bergerak kehadapan. Apapun ini perlu diyakini dengan MRI. X-ray tidak boleh nampak disk itu berganjak dari kedudukannya.Apa pun saudara boleh cuba senaman di atas topik ini setiap hari. Saudara juga perlu menjaga postur dengan betul iaitu menghindar menbengkok pingang ke hadapan. Sekira saudara ingin mengambil barang dari lantai saudara perlu bengkok lutut saudara. Untuk pertanyaan dan rawatan sila hubungi saya di 0193808132 atau layari http://medicmassage.health.officelive.com
Shamsul
Salam,
Kemungkinan saudara memiliki masalah sakit belakang mekanikal:-
1) Tulang lumbar tersasar dari kedudukan asal.
2) PID iaitu gel ditengah disk menitis keluar dari tempatnya.
Ini disebabkan oleh:-
1) Selalu duduk membengkok
2) Tidur diatas tilam atau sofa yang terlalu lembut.
3) Mengangkat barang dengan pingang bengkok kehadapan
4) Kurang senaman
Di antara rawatan:-
1) Letakkan ice(ice batu dalam plastik) selama 15 minit sekiranya terlalu sakit
atau tuala panas sekiranya sakit yang sederhana.
2) Hindarkan duduk, berdiri, tidur dan berjalan dalam keadaan bengkok pingang.
3) Lakukan senaman membengkok ke belakang (reply email kepada:- sham_physio@westports.com.my untuk dapat gambar senaman)
4) Boleh cuba pakai bengkong pinggang atau lumbar surport.
5) Kurangkan makanan yang masam atau sejuk.
6) Cuba rawatan ini dahulu selama 2 minggu sebelum buat keputusan untuk pembedahan.
Shamsul
Helo En. Shamsul,
Terima kasih atas penerangan yang diberi kepada soalan saya yang lepas. Pertanyaan saya sekarang adalah adakah 'sciatic' & juga 'disc decompressed' merupakan penyakit yang sama? Apakah itu rawatan chicopractic?
Hai,
Sciatic adalah suatu nama penyakit saraf, di mana saraf sciatic tertekan oleh otot pirifomis(otot kawasan pinggul) atau di tekan oleh tulang sakral(kawasan pinggul). Sekiranya akar-akar saraf sciatic tertekan(oleh disk lumbar) di tulang pinggang juga boleh menunjukkan gejala scaitic tetapi bukan penyakit sciatic yang sebenar.
Disc decompressed ialah suatu kaedah rawatan untuk mengurangkan tekanan pada akar saraf. Rawatan meramkumi pembedahan atau manual terapi.
Chiropractic ialah jurupulih tulang belakang untuk membetulkan kedudukan tulang yang tersasar.( perlu mencari chiropractic yang diiktiraf dan berinsuran supaya rawatan yang dijalankan nanti selamat.
Shamsul
