Lefora Free Forum
886 views

Sakit Pinggang - Slip Disc L5

Page 1 · 2
posts 1–20 of 27 newer >
novice - founder
29 posts


Kelinciran Disk L5(Slip disk L5)

Slip disc bermaksud kelinciran cakera dari kedudukan asalnya. Cakera atau disk berfungsi sebagai shock absorber atau penyerap beban. Kelinciran ini disebabkan oleh cara mengangkat barang dengan salah, kelemahan otot pinggang dan kemalangan. Kelinciran cakera ini boleh menekan saraf yang wujud di sekitarnya dan menyebabkan kekebasan di kaki.

Gejala dan Simtom

1) Sakit pinggang semasa membengkok ke hadapan
2) Sakit kadangkala turun hingga ke betis atau belakang paha bergantung kepada tahap kelinciran.
3)Kekejangan otot belakang semasa duduk, berdiri dan aktiviti harian.


Rawatan

1)Senaman Camel’s
-Lakukan senaman seperti gambarajah (a) dan (b) seperti diatas.
-Ulangi pergerakan diatas sebanyak 30x di waktu pagi dan petang.
-Pergerakan mesti dilakukan perlahan-lahan dan berterusan supaya cakera dapat
masuk kembali ke kedudukan asal.
2) Urutan SMT
-Urut di garis 1) dan 2) seperti gambarajah (c).
-Urut dengan menggunakan ibu jari dan minyak, ulangi sebanyak 10-15 kali atau
sehingga sakit di garis berkenaan kurang atau hilang.
**Terus lalukan rawatan ini selama 2 bulan untuk merasai perubahanya.**

rookie - member
1 posts

Assalammualaikum,

saya telah menjalani pembedahan tulang belakang kerana slip disc L4/L5..tak sampai sebulan saya sakit semula dan disc yang terkeluar lebih besar dari yang pertama ditempat yang sama...doktor menyarankan saya supaya menjalani pembedahan semula dan akan meletakkkan interspinous spacer di tulang belakang...saya masih belum buat keputusan kerana rasa takut ia tak tahan lama... apa pandangan saudara tentang masalah saya ini...

Bolehkah orang yang telah menjalani pembedahan seperti saya menjalani manual terapi?

novice - founder
29 posts

Salam.

Saya hairan kenapa pembedahan pertama saudara tidak berjaya. Sepatutnya dengan sekali pembedahan sudah cukup untuk membetulkan masalah slip disk suadara. Saya tida menyalahkan sesiapa tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh perkara ini berulang. Samaada kesilapan doktor, fisioterapi atau saudara sendiri. Sepatutnya dalam tempoh sebulan saudara perlu berehat tidak boleh melakukan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan disk tadi terkeluar kembali seperti tunduk terlalu lama, senaman yang tidak disyorkan atau mendapat yang alternatif yang boleh membahayakan disk tersebut. Kadang kala doktor juga boleh melakukan kesilapan semasa pembedahan dan menyebabkan disk tersebut tidak kukuh kedudukannya.Apapun melakukan pembebahan untuk kali kedua risikonya amat tinggi. Saudara perlu bertanya dengan doktor kenapa disk yang telah di bedah dan dikekal kedudukan boleh terkeluar kembali? doktor berkenaan perlu memberi penjelasan dengan saudara dengan jelas tentang masalah yang timbul dan sekiranya pembedahan dilakukan apa yang doktor nak buat. Sekiranya suadara tidak yakin dengan doktor berkenaan, Saudara jangan melakukan pembedahan lagi. Suadara boleh cuba mendapatkan pandangan dengan doktor yang lain untuk masalah saudara.
 Untuk rawatan manual terapi saudara boleh lah hubungi saya di 0193808132 untuk maklumat rawatan dan temujanji.Saya syor saudara boleh lakukan senaman diatas setiap 2kali sehari dengan ulangan sebanyak 20 kali untuk setiap senaman. Lakukan senaman ini dengan betul, perlahan-lahan dan hati-hati.
Sekiranya selepas membuat senaman ini saudara rasa sakit saudara semakin kuat selama 1 - 2 hari saudara perlu berhenti melakukannya. Saudara sepatut rasa selesa selepas melakukan senaman ini tanpa rasa sakit yang berterusan dan boleh teruskan selama sebulan. Insyaalah.

Salam.

guest poster
salam...

saya ema, berumur 29 tahun. dalam seminggu ni saya rasa sakit belakang di sebelah pinggang kanan hingga ke kaki dan tulang pinggul. saya juga rasa susah untuk membongkok. adakah ini tanda saya mengalami slip disc memandangkan saya pernah mengalami kemalangan dan keretakan di pinggang sebelah kanan. selain itu, saya juga tidak minum susu dan sebaliknya penggemar (hard core) nescafe/minuman berkafein. kadangkala saya mengambi sehingga 4 cawan sehari. adakah tabiat ini mempengaruhi kesihatan saya?

sekian, terima kasih..
novice - founder
29 posts

Salam,

Minuman nescafe dan berkafein tidak mempergaruhi masalah pinggang ema, cuma saya nasihatkan kurangkan pengambilan yang berlebihan boleh menganggu kesihatan umum (sistem perkumuhan).Memang tidak bukti sainstifik menunjukan minuman ini memudaratkan tapi ini perlu diambil perhatian. Berkenaan dengan sakit pinggang Ema, slip disk perlu di dianogsis dengan MRI dan diagnosis pergerakan. Saya jangka kesakitan ini disebabkan oleh komplikasi dari keretakkan tulang pinggang Ema.Untuk masalah tulang  saya syorkan Ema cuba hindarkan atau kurangkan makanan masam, buahan berwarna kuning dan oren, ubi-ubi, bawang berlebihan kerana makanan ini menambahkan sensitif kesakitan tetapi tidak memundaratkan masalah pinggang.Selain daripada ini saya syorkan Ema buat senaman yang bersesuaian untuk menguatkan pinggang Ema.

Shamsul


rookie - member
1 posts

salam,

saya berumur 33thn, selepas bersalin anak ptama. ada ketikanya sy rasa sakit belakang bila buat ssuatu keje antara duduk lama atau berdiri lama. sakit nyer sampai tak boleh nak berdiri tegak. sy terpaksa berhenti buat sesuatu  utk ilangkan rasa sakit belakang. lepas tu baru sambung lik buat keje.
sy pun tak tahu apa punca yg leh tjadi mcm nie....

boleh tak saudara membantu sy?

skian terima kasih,

--linda

novice - founder
29 posts

Salam, Sememangnya wanita yang mengandung akan mengalami masalah sakit sendi dan otot. Ini disebabkan oleh perubahan hormon bagi untuk melonggarkan sendi-sendi untuk memudahkan bersalin terutamanya berlaku  dibahagian pinggul dan pinggang. Kawasan sakit puan dikhususkan supaya rawatan yang diberikan bertepatan dengan masalah. Rajah dibawah adalah kemungkinan kawasan yang terlibat dan rawatannya. Urut di garis a dan b untuk kurangkan sakit di pinggul. Urutan di garis c dan d mengurangkan sakit di kawasan pinggang.

 


 

- Lakukan senaman ini:- 1)  

 

                                  2)

 

- Ulang sebanyak 10 kali tahan 10 saat untuk setiap gerakan.

 

guest poster
askum, teman leleki saya telah menjalani dua kali pembedahan l4 dan l5...tetapi masih sakit dan telah 5 bln berada di hospital dan telah berhenti kerja. Saya mendapat tahu doctor akan menjalankan pembedahan ketiga dan pembedahan ini akan dilakukan dari hadapan pula selepas 2 kali pembedahan d belakangnya...pembedahan itu juga akan mengambil sedikit tulang pinggulnya untuk menyokong tulang belakangnya...berapa lamakah proses penyembuhan selepas pembedahan ke 3 ini...saya betul-betul risau...berapa lama lagi dia kena duduk kat hospital....apa tak ada jalan lainkah selain pembedahan...

terima kasih
novice - founder
29 posts

Walaikumsalam,

Saya perlukan informasi tentang jenis pembedahan yang telah dijalankan dan jenis penyakitnya sebelum membuat sebarang nasihat. Tetapi secara umumnya sekiranya telah menjalani lebih dari satu pembedahan ini bermaksud masalah teman saudari agak serius.Saudari perlu berbincang dengan doktor tentang kondisi penyakit, pembedahan dan kesembuhan masalah tulang belakang teman saudari.Untuk pembedahan kali ketiga ini dinamakan bone graf , ia bertujuan untuk memberi pertumbuhan tulang baru pada bahagian yang bermasalah.Kemungkinan masa penyembuhanya lebih kurang 6 minggu.Selepas pembedahan ini saya nasihatkan teman saudari perlumengikut nasihat doktor apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh teman saudari ini bertujuan untuk memberi tulang baru tadi sembuh sepenuhnya. Jangan terlalu cepat melalukan aktiviti2 yang boleh merosakan kawasan pembedahan ini. Satu lagi perkara, tinggal di hospital yang agak lama boleh menyebabkan tekanan dan badan menjadi lemah kerana aktiviti agak terhad dengan hanya baring dan duduk saja.Saya nasihatkan teman saudari perlu menbuat senaman berpatutan yang tidak mencederakan pinggangnya atau berjalan di dalam wad sekiranya perlu. Rajah dibawah adalah urutan yang boleh lakukan untuk mengurangkan sakit pada pinggang. Urutan di garis merah di kedua-dua belah kaki dengan minyak angin dan sarung tangan getah sehingga sakit di garis merah ini berkurangan.Lakukan setiap kali sekiranya dia sakit.


guest poster
Askum En. Shamsul..

Terima kasih di atas penjelasan yang diberikan...utk pengetahuan En. Shamsul, teman lelaki saya(faizal) akan menjalani pembedahan ketiga pada 10hb Sept ini..setelah faizal menjalani 5 kali MRI..berpuluh-puluh kali CT SCAN dan X-RAY....pembedahan yg dinamakan bone graf seperti kata En. Shamsul akan dilakukan oleh pakar2 Orthopedik dan juga Pakar Neuro...kata faizal pembedahan pertama dan kedua, doctor telah membuang disc yg telah rosak....doctor pakar yg mejaga kes faizal juga hairan kerana selepas dua pembedahan tulang belakang masih terhimpit walaupun mereka telah merenggangkan tulang belakangnya...selepas pembedahan pertama faizal boleh duduk tetapi kakinya terasa kebas dan tak boleh digerakkan sehinggalah sebulan kemudian pembedahan kedua, faizal dpt mengerakkan kakinya tetapi langsung tak boleh duduk kerana pinggang terasa amat sakit dan terus terang siang malam dia megerang kesakitan...yg boleh dilakukan hanyalah memberi suntikan "painkiller" dan terpaksa makan ubat tidur, tetapi ada masanya ubat tersebut tek berkesan dan ubat tidur pun tak boleh membuatnya tidur kerana rasa sakit yg mencucuk-cucuk dan rasa tertarik-tarik dari betis ke pinggang....ada nurse yg menyampah kerana merasakan faizal pura-pura sakit dan mengerang setiap masa.....sakit hati bila nurse buat tak tau saja.....Saya pun hairan juga kenapa sakit kat kaki dia sakit dari siang ke malam....apa yg saya dpt lakukan hanyalah mengurut secara perlahan kalau faizal da tak tahan sakit....dan yg memeranjatkan saya lagi, doctor megesahkan proses penyembuhan mengambil masa 5 atau 6 bulan....kami bukan orang senang En. Shamsul, tinggal berbulan-bulan kat hospital bil akan melambung-lambung....semua ini buat saya tertekan....

terima kasih
novice - founder
29 posts

Salam,

Diharap semoga teman saudari semoga berjaya tempohi pembedahan ini dan cepat sembuh. Insyallah.

Shamsul.


guest poster
Assalamulaikum...
Saya Azlee terlibat dalam kemalangan..kereta terbalik dan saya terhampas dalam kenderaan. saya masuk wad selama 4 hari.sekarang sakit pinggang tidak hilang...apa yang perlu saya lakukan..email saya azlee@ymail.com telefon saya 019-4807144
novice - founder
29 posts

Walaikumsalam,

Sememangnya saya perlukan informasi yang lengkap sebelum membuat sebarang nasihat seperti diagnosis doktor, bacaan x-ray dan jenis kesakitan yang di hadapi. Daripada keterangan diatas saya dapati masalah azlee agak serius. Sepatutnya sebarang kecederaan badan, sakit akan kurang dalam tempoh 2 minggu. Sekiranya tidak kemungkinan masalah yang di hadapi agak serius. Kebanyakan kes-kes tulang seperti berikut:-
1. kepatahan tulang belakang( tempoh sembuh 2-3 bulan)
2. PID(gel tulang belakang terkeluar)
3.Slip disk(cekera disk terkeluar)
4. Koyakkan otot paravebtrbral( tempoh sembuh 2 minggu)
5. Sarah tunjang tertekan( tempoh sembuh lebih 6 bulan)
Kemungkinan sakit azlee diantara diatas. Apa pun Azlee perlu didiagnosis untuk mengetahui masalah dengan tepat. Untuk keterangan lanjut Azlee boleh reply kembali dengan maklumat2 kesakitan Azlee atau tel saya di 0193808132.

Shamsul

rookie - member
2 posts

Encik Shamsul,
        Baru2 ini saya telah menjalani pembedahan (11.08.2009) untuk membetulkan disc belakang saya yang tergelincir di 2 tempat iaitu diantara L1-L2 & L2-L3. Doktor menyatakan bahawa pembedahan tersebut sebagai berjaya walaupun terdapat sedikit kesulitan. Ini kerana disc yang telah menghimpit saraf saya tidak dapat dipisahkan kerana mengikut kata doktor ia  telah bercantum untuk sekian lama dan bimbang jika dipisahkan akan mencederakan saraf. Jadi doktor telah membuang sedikit tulang dibelakang saraf tersebut agar saraf tersebut tidak terhimpit lagi. Untuk makluman, kesan daripada penyakit saya itu ialah kaki kiri saya tidak berfungsi dengan sempurna sebelum & juga selepas pembedahan. Masalah2 tersebut seperti berikut:

1.    kaki kiri saya sentiasa rasa kebas disebelah dalam seperi rasa di bius dan hampir tidak dapat merasai apa (cth: jika saya meletakkan ais, saya tidak dapat merasai                   kesejukan ais itu)
2.    saya mengalami masalah naik tangga kerana saya tidak boleh menaiki atau turun tangga menggunakan kaki kiri saya dahulu. Saya terpaksa melangkah setapak2 untuk         menaiki atau menuruni tangga.
3.    saya jugak tidak dapat memandu kereta kerana saya tidak dapat menekan pedal clutch sehingga habis.
4.    dalam posisi berbaring, saya langsung tidak dapat mengangkat kaki kiri saya, terasa seperti berat dan saya langsung tidak dapat mengawal saraf dikaki kiri
5.    saya terpaksa berjalan menggunakan walker (yg biasanya digunakan oleh orang tua) kerana saya akan mudah jatuh jika lutut saya bengkok semasa berjalan.
6.    otot2 dikaki kiri saya seakan jatuh. Mengikut kata doktor, ini disebabkan saya tergantung kepada kaki kanan saya untuk bergerak dan otot2 dikaki kiri saya jarang             digunakan.

Jika selepas suatu tempoh masa dan masalah kaki kiri saya tidak pulih2, doktor mencadangkan pembedahan kedua dilakukan tapi saya sudah serik dengan pengalaman perkara kali dibedah. Saya ingin mencuba apa2 sahaja kaedah rawatan termasuklah rawatan tradisional seperti urut ataupun rawatan cina seperti akupunktur.Buat masa ini, saya mempunyai janjitemu dengan juruterapi dari bahagian pisioterapi tetapi buat masa sekrang latihan yang diajarkan kepada saya adalah seperti berikut:-
1.    berdiri dan menghayun kaki kiri ke depan dan belakang dan diselang seli dengan menghayun kekiri dan kekanan (10 minit setiap kali - pagi & petang)
2.    berbaring dikatil, bengkokkan kaki dan mengangkat badan menggunakan kekuatan kedua belah lutut terutamanya lutut sebelah kiri (sekerap yg boleh)
3.    berbaring sambil bengkokkan kaki kiri dan tarik lutut ke arah perut.
4.    meniarap dan meletakkan bantal didada selama 10 minit setiap hari untuk membantu membetulkan postur badan.

Pertanyaan saya adalah, bolehlah saudara mencadangkan kepada saya jenis2 senaman lain yang boleh saya lakukan selain senaman2 diatas dan bolehkah saya menggunakan terapi hidro (terapi menggunakan air cth: berenang) untuk memulihkan keadaan saya. Terima kasih.

guest poster
Salam,

Sekarang saya masih dalam bercuti. Insyallah nanti pada minggu depan saya akan cadangkan beberapa nasihat dan senaman untuk saudara cuba. Apapun rawatan hydrotherapy adalah rawatan yang sesuai untuk Wagas cuba untuk satu tempoh yang agak panjang(dalam masa 2 tahun). Sistem saraf sentiasa akan tunjuk kesembuhannya pada setiap 6 bulan. Ia akan bermula dengan rasa kebas beransur pulih kemudian pergerakan akan datang sikit demi sikit.

Shamsul
guest poster
terima kasih atas penerangan tersebut. Saya sangat risau kerana kaki saya belum ada menunjukkan tanda2 penyembuhan walaupun selepas sebulan menjalani pembedahan. Latihan yang diajarkan jugak agak kurang berkesan kepada saya kerana tanda2 kebas pada kaki saya tidak menunjukkan perkembangan yang besar. Apa2pun, saya akan tunggu nasihat daripada saudara dan masih belum terlambat rasanya saya mengucapkan selamat hari raya kepada saudara. Terima kasih
novice - founder
29 posts

Salam,

 Masalah yang saudara hadapi di panggil neuropati atau penyakit tekanan pada saraf. Daripada keterangan diatas saya dapati mungkin lebih dari 2 saraf terlibat iaitu L1-L2, L2-L3 dan mungkin sedikit pada saraf L3-L4 kerana saudara mengadu lemah dan kebas pergelangan kaki dan betis. Saraf L1-L2 & L2-L3  mewakili otot di pinggul dan lutut. Kesan dari tekanan tulang pada saraf menyebabkan impuls kurang mengalir dalam tiub saraf. Apa pun saudara telah menjalani pembedahan dan doktor telah kata pembedahan 2 berjaya. Saudara mungkin akan lihat pemulihan saraf setiap 6 bulan sehingga tempoh 2 tahun atau lebih. Sedikit nasihat dari saya:-

1) Jangan putus asa teruskan lakukan senaman  dan terapi hidro yang diajar oleh fisioterapi.
2) Kalau saudara tidak selesa pakai walker boleh gunakan tongkat ketiak atau tongkat siku(rujuk pada doktor atau fisioterapi)
3) Naik tangga guna kaki  kanan dan turun guna kaki kiri.
4) Minta nasihat fisioterapi untuk gunakan Elektrikal Stimulasi ( elektrotherapi) dan foot drop splint untuk menguatkan dan menyokang otot yang jatuh di kaki.
5) Boleh gunakan alat sokongan( brace) lutut dan pergelangan kaki jika sesuai (dapatkan di farmasi).
6) Terus lakukan senaman yang diajar sekurang2 seminggu 2 atau 3 kali.
7) Saudara boleh dapat segala rawatan alternatif tetapi perlu ingat jangan terlalu kerap atau kos yang mahal kerana otot akan kembali kuat setelah saraf pulih.
8) Saya cadangkan banyak lakukan senaman pinggang, pinggul, lutut dan pergelangang kaki dan memperbagaikannya( bincang dengan fisioterapi)

* Boleh hubung saya di talian 0193808132*

Sekian.

guest poster
smekom en syamsul...
teman lelaki saya mempunyai masalah ngan L4 dan L5..dia hanya skit dan kadang kala kakki sebelah kiri akan terasa cepat letih..doktr tidak sarankan untuk membuat pembedahan memandangkan usia dia baru 26 thun.saya nk tahu apakah kesan-kesan untk jangka masa yang panjang..dan dengan senaman boleh kah sakit pinggang dia berkurangan..
novice - founder
29 posts

Salam,

Daripada keterangan di atas kemungkinan ketekanan saraf rakan nurafzan agak serius sebab telah rasa kelemahan pada kaki yang terlibat. Tapi ini perlu di  kenal pasti dengan MRI untuk melihat peratus tekanan pada saraf berkenaan. Apa pun sekiranya rakan nurafzan mendapat rawatan fisioterapi pastinya kesakitan dapat bertahan dan terhalang daripada tekanan yang berterusan. Ubat penahan sakit kadang kala hanya mampu bertahan dalam jangka masa pendek. Saya cadang  rakan nurafzan cuba dapatkan rawatan fisioterapi dalam masa yang terdekat ini atau boleh merujuk kepada saya untuk senaman yang khusus tetapi perlu beri keterangan sakit pinggangnya dengan jelas supaya senaman yang diajar sesuai dengan masalahnya.

sekian

Shamsul
0193808132

guest poster
askum en shamsul. sy berumur 28 thn. sy berkerja sbg officer di sebuah sykt dan pada setiap hujung minggu, membantu keluarga sy di kebun. di ofis, kerja sy tidak memerlukan sy byk bergerak tetapi sy perlu berada di depan komputer sepanjang masa. tapi bila di kebun, sy byk melakukan kerja2 berat seperti mencangkul, mengangkat pokok dsb. baru2 ini, tulang di atas punggung sy, di bhg tengah2 mengalami kesakitan yg amat sgt sehingga menyukarkan pergerakan sy. doc telah memberi sy ubat tahan sakit dn panadol. kini kesakitan tersebut sudah berkurangan. tetapi masalah sy sekarang ialah, setiap kali sy mengangkat benda berat seperti lap top dsb, bhg belakang sy akan berasa sakit, sama ada di pinggang sebelah kanan kebiasaanya, bahu dan tengah2 pinggang. sy juga pernah mengalami kemalangan jalan raya 2 bln yg lalu dan mengakibatkan bahu sebelah kiri sy sering sakit. persoalan sy di sini en sham, adakah penyakit sy tergolong dlm kategori slip disk? utk info, sy hanya mengalami masalah kerap buang air kecil, mudah berasa sejuk di bhg kaki dan kadang2 kebas pada tumit kaki. apakah rawatan yg patut sy dapatkan?
terima kasih.
Page 1 · 2
posts 1–20 of 27 newer >

This Topic Is Locked To Guest Posts

It's been a while since this topic was active, if you'd like to get it going again, please post as a registered member

join now